Bagaimana untuk membuat pembelian secara online di Malaysia
Jana Wang dengan Unit Trust di sini >
Payloadz offers a secure Digital Goods eCommerce sevice for anyone to sell downloadable goods online.
Sell Downloads Online >
Berikut merupakan cara-cara yang digunakan oleh orang Malaysia dalam membuat pembayaran dan menerima bayaran melalui internet di Malaysia.
Deposit bank
Caranya dengan memasukkan jumlah yang diminta oleh penjual ke dalam akaun bank mereka. Kemudian menghantar salinan bukti pembayaran sama ada melalui emel ataupun pos mengikut kehendak penjual.
Online bank transfer
Membuat pembayaran dengan cara memindahkan wang secara online ke dalam akaun penjual. Selalunya penjual akan memberikan maklumat mengenai akaun mereka pada laman web dan juga akan meminta bukti pembayaran diemelkan kepada mereka. Walaupun sesetengah bank akan menghantar maklumat mengenai proses pemindahan tersebut secara otomatik tapi adalah lebih baik kita menghantarnya secara manual. Antara bank yang sering menjadi pilihan ialah Maybank, CIMB, RHB bank dan banyak lagi.
Walaupun wang PayPal tidak boleh didepositkan ke dalam akaun bank Malaysia tapi ia masih juga menjadi pilihan kerana ia menawarkan ciri-ciri yang mudah seperti penerimaan pembayaran kad kredit, muat turun terus untuk barangan digital dan banyak lagi. Selalunya pembeli mempunyai akaun PayPal untuk menggunakan cara ini.
Kad Kredit
Kad kredit atau kad debit akan digunakan dalam urusan pembelian seperti ini. Selalunya ‘newbies’ masih ragu-ragu dalam menggunakan kad kredit mereka dalam urusan jual-beli di internet kerana bimbang akan tahap keselamatannya. Walaubagaimanapun ia akan dapat diatasi jika pembeli betul-betul mengikuti arahan untuk bagaimana menggunakan kad kredit secara online dengan selamat.
Kiriman Wang
Caranya dengan menghantar wang pembayaran secara pos dan salah satu contoh yang ada ialah ‘Wang Pos’ daripada Pos Malaysia. Anda sama sekali tidak digalakkan untuk menghantar wang yang sebenar melalui pos! Walaubagaimanapun cara ini kurang digemari oleh para penjual mungkin kerana prosesnya yang sedikit lambat.
Diharap apa yang dipaparkan ini, dapat memberi penjelasan kepada mereka yang masih was-was dengan pembelian melalui internet.


